Tarikh | : 21 & 22 Ogos 2020 |
Masa | : 9 pagi - 1 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Tiram |
Peserta |
: 13 Orang |
Tujuan | |
Pada 21 dan 22 Ogos 2020, seramai 13 orang warga Kg Sg Tiram telah hadir ke Pertandingan Poster Pusat Internet Tahun 2020 bertempat di Pusat Internet Kg Sg Tiram. Kesemua peserta yang hadir adalah pelajar sekolah menengah dan rendah. Pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kewujudan dan kepentingan pusat-pusat internet di seluruh Malaysia. |
|
Aktiviti | |
Peserta yang terlibat telah diajar mengenai asas dan cara-cara membuat poster secara online menggunakan website Canva oleh petugas PI dengan betul. Disebabkan kebanyakkan peserta tidak mempunyai emel persendirian, mereka telah diajar untuk membuat emel sendiri. Kemudian, peserta didedahkan dengan cara untuk memuat naik bahan-bahan seperti gambar. Mereka dibimbing untuk mereka poster masing-masing mengikut citarasa sendiri. Setelah selesai mereka, peserta diajar untuk memuat turun hasil poster masing-masing. Kelas yang dilakukan bermula dari awal pagi sekitar jam 9 dan berakhir sekitar jam 1 petang. Akhir sekali, mereka diberikan makanan tengah hari untuk dibawa pulang. |
Tarikh | : 25 Julai 2020 |
Masa | : 9 pagi - 3 ptg |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Tiram |
Peserta |
: 7 Orang |
Tujuan | |
Kelas pada 25 Julai 2020 ini dihadiri oleh Warga Kampung Sungai Tiram yang kebanyakkannya adalah usahawan tempatan yang ingin mendalami Ilmu Usahawan Online Shopee. Mereka yang hadir telah melibatkan diri dalam perniagaan lebih dari setahun dan sudah berpengalaman dalam perniagaan. Platform kelas ini adalah tertumpu di Platform perniagaan atas talian Shopee. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan langkah-langkah untuk berdaftar sebagai penjual di Shopee, langkah-langkah untuk memulakan jualan secara asas sehingga langkah yang terakhir iaitu cetak invois jualan. |
|
Aktiviti | |
Peserta yang terlibat didedahkan dengan langkah-langkah untuk berdaftar sebagai penjual di Shopee dengan cara yang betul.Selain itu, peserta didedahkan juga langkah-langkah untuk menghias kedai penjual supaya lebih menarik untuk pembeli. Kemudian, peserta didedahkan dengan cara untuk mengambil gambar produk dan juga cara untuk melabel jenama sendiri di gambar tersebut.Tambahan lagi pelajar didedahkan pula dengan cara untuk menetapkan barang yang dijual mengikut format Shopee. Peserta juga didedahkan dengan cara untuk mendapatkan jualan dalam masa terdekat dan mereka juga dapat menambah pengalaman berniaga atas talian di Shopee. Sepanjang kelas ini dijalankan terdapat pelbagai persoalan dan keraguan yang ditanya oleh peserta, oleh yang demikian tenaga pengajar mengambil langkah dengan cara memperlihatkan secara visual agar lebih jelas. Pelajar juga lebih di dedahkan dengan latihan amali. Kelas yang dilakukan bermula dari awal pagi sekitar jam 9 dan berakhir sekitar jam 3 petang. Walaupun kelas hanya melibatkan tujuh orang peserta tetapi peserta yang terlibat cukup bersemangat untuk turut serta sepanjang masa kerana ilmu yang disampaikan cukup bermanfaat. |
Lihat gambar disini
Tarikh | : 17 Januari 2020 |
Masa | : 10 pagi - 1 ptg |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Tiram |
Peserta |
: 1 Orang |
Tujuan | |
Kelas perniagaan atas talian (Shopee) iaitu sebuah platform aplikasi perniagaan yang sedang meningkat naik dan sesuai untuk semua golongan usahawan yang dilakukan pada bulan Januari 2020 bertujuan untuk mendedahkan kepada usahawan cara-cara dan peraturan untuk memulakan perniagaan atas talian melalui aplikasi Shopee tersebut. Beliau didedahkan dengan cara untuk mendaftar menjadi penjual Shopee sehingga proses terakhir adalah sesi memasarkan produk beliau sendiri.
|
|
Aktiviti | |
Nurul Shafika diberi pendedahan awal berkaitan dengan Shopee seperti kelebihan menjadi penjual sebelum mereka ini didedahkan dengan cara-cara untuk mendaftar sebagai penjual di telefon pintar masing masing. Pada awalnya agak sukar untuk pelajarinya, tetapi petugas mengambil langkah dengan cara memberi tugas dan memantau hasil kerja mereka. Usahawan yang terlibat cukup bersemangat untuk mendalami ilmu baru ini. Walaupun pada awalnya agak sukar tetapi oleh kerana faktor minat dan usaha yang berterusan mampu memberikan hasil. Setelah melalui proses-proses yang tertentu akhirnya Nurul Shafika dapat membuat mendaftar kedainya sendiri di akaun Shopee tersebut dan Berjaya memasarkan produknya ke dalam aplikasi Shopee. |
Lihat gambar disini
Tarikh | : 14 Februari 2020 |
Masa | : 10 pagi - 1 ptg |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Tiram |
Peserta |
: 2 Orang |
Tujuan | |
Kelas pada 14 Februari 2020 ini dihadiri oleh Pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Sungai Tiram yang ingin belajar lebih mendalam mengenai komputer dan juga Microsoft office. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan langkah-langkah menggunakan komputer, langkah-langkah menggunakan Microsoft office secara asas. |
|
Aktiviti | |
Pelajar yang terlibat didedahkan dengan dengan satu modul Microsoft Ofiice iaitu langkah-langkah menaip menggunakan format tulisan yang betul. Tambahan lagi pelajar didedahkan dengan cara memuat naik dan meletakkan gambar pada Microsoft word dan membuat table. Sepanjang kelas ini dijalankan terdapat pelbagai persoalan dan keraguan yang ditanya oleh pelajar, oleh yang demikian tenaga pengajar mengambil langkah dengan cara memperlihatkan secara visual agar lebih jelas. Pelajar juga lebih di dedahkan dengan latihan amali. Kelas yang dilakukan bermula dari awal pagi sekitar jam 10 dan berakhir sekitar jam 1 petang. Walaupun kelas hanya melibatkan dua orang pelajar tetapi, pelajar yang terlibat cukup bersemangat untuk turut serta sepanjang masa kerana ilmu yang disampaikan cukup bermanfaat. |
Lihat gambar disini
Tarikh | : 10,11,12,17 & 19 Disember 2019 |
Masa | : 10 pagi - 1 ptg |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Tiram |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan | |
Kelas Aplikasi Pembelajaran iaitu pembangunan aplikasi interactive ini yang dilakukan pada bulan Disember 2019 bertujuan untuk mendedahkan kepada guru guru kemas cara-cara dan pekara yang perlu dipelajari untuk membuat satu aplikasi lengkap alat bahan bantu mengajar (ABBM). Para guru didedahkan dengan penggunan software Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan juga Adobe Flash. Kelas ini adalah kelas terakhir bagi tahun 2019. |
|
Aktiviti | |
Para guru diberi pendedahan awal berkaitan dengan teori sebelum mereka ini didedahkan dengan pratikal di komputer masing masing. Pada awalnya agak sukar untuk pelajarinya, tetapi petugas mengambil langkah dengan cara memberi tugas dan memantau hasil kerja mereka. Para guru yang terlibat cukup bersemangat untuk mendalami ilmu baru ini. Walaupun pada awalnya agak sukar tetapi oleh kerana faktor minat dan usaha yang beterusan mampu memberikan hasil. Setelah melalui 13 pertemuaan dalam menghasilkan ABBM, akhirnya para guru berjaya membangunkan satu produk multimedia. |
Lihat gambar disini