Tujuan 

Bertempat di Balairaya Batu 18 (bersebelahan dengan PEDi), seramai 12 orang pelajar sekolah menengah telah mengikuti program ini bersempena Hari Malaysia. Tujuan prgram ini adalah untuk menerapkan semangat patriotisme dalam diri generasi muda disamping mengenalkan lagi nama PEDi Kg Sg Tiram kepada penduduk sekitar. Selain itu, mengekalkan permainan tradisional ini dalam kalangan generasi muda agar permainan ini tidak dilupakan.

Aktiviti 

Antara permainan yang diadakan adalah Congkak, Lompat Tali, Guli dan Boling Padang Kelapa. Setiap permainan adlah secara berkumpulan iaitu seramai 4 orang dalam satu kumpulan. Pemenang akan dinilai daripada jumlah mata terkumpul terbanyak setiap permainan yang dijalankan. Selain itu, program ini dirasmikan oleh Pengerusi Panel Penasihat PEDi  Kg Sg Tiram.

Lihat gambar disini

Tujuan 

Seramai 07 orang yang telah mengambil bahagian dalam penyertaan Contest Video Creative Tiktok. Pertandingan ini adalah salah satu inisiatif Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Sg Tiram untuk menggalakkan komuniti sekitar, terutamanya golongan remaja melibatkan diri dalam aktiviti bertemakan kemerdekaan yang dibuat secara atas talian.

Aktiviti 

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah secara terbuka kepada semua generasi, namun keutamaan diberikan kepada golongan remaja dan golongan dewasa. Peserta diberikan masa selama seminggu untuk membuat video yang berdurasi tidak lebih satu minit. Selepas video terasil, pihak PEDi akan memuat naik video tersebut di Tiktok PEDi Kg Sg Tiram. Video pemenang akan dinilai oleh juri profesional iaitu Anas Rahmat seorang Youtuber(malam mistik), Alisa seorang Influncer TikTok dan dilihat juga dari like dan view terbanyak.

 

gambar disini

Tujuan 

Bertempat di PEDi Sungai Tiram, seramai 09 orang kanak-kanak yang menyertai kelas menaip kategori 5-7 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kanak-kanak tentang perkakasan komputer dan IT dari sejak kecil disamping belajar menaip menggunakan keyboard. Selain itu, kelas ini juga bertujuan mendedahkan kanak-kanak tentang penggunaan Webcam yang ada di komputer.

Aktiviti 

Program ini mengajar kanak-kanak cara menggunakan keyboard (introduction to keyboard) dan mengajar mereka untuk menaip. Dengan menggunakan Jamboard Google (whitebord digital) mereka menaip nama mereka di jambord tersebut. Selain itu, terdapat aktivit bermain game secara atas talian tentang menaip seperti Keybord ninja.

Lihat gambar disini

 

Tujuan 

Bertempat di PEDi Sungai Tiram, seramai 05 orang generasi Z yang datang dalam kelas menaip (8-12 tahun). Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan mereka tentang perkakasan komputer dan IT dari sejak kecil disamping belajar menaip menggunakan keyboard. Kelas ini juga bertujuan mendedahkan kanak-kanak tentang penggunaan Webcam yang ada di komputer. Di samping itu meningkatkan kreativiti mereka dalam mengeksplor Internet itu sendiri.

Aktiviti 

Program ini mengajar generasi Z cara menggunakan keyboard (introduction to keyboard) dan mengajar mereka untuk menaip. Dengan menggunakan Jamboard Google (whitebord digital) mereka menaip nama mereka disamping menaplikasikan kreativiti mereka di jambord tersebut. Selain itu, terdapat aktivit bermain game secara atas talian tentang menaip seperti Keybord ninja,Owl Planes dan banyak lagi.

Lihat gambar disini

Tujuan 

Bertempat di PEDi Sungai Tiram, seramai 15 orang peserta yang menyertai Program Education Gaming.  Peserta terdiri dari kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 5 hingga 8 tahun. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kanak-kanak tentang perkakasan komputer dan IT dari sejak kecil. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang pembelajaran secara atas talian.

Aktiviti 

Program ini memperkenalkan peserta tentang perkakasan komputer seperti keyboard, mouse, monitor secara bersemuka. Setelah itu, dengan menggunakan perisian Kahoot kami adakan sedikit quiz berkaitan perkakasan komputer tersebut secara atas talian disamping bermain game yang disediakan oleh Kahoot.

Lihat gambar disini