Tujuan 

Bertempat di PEDi Sungai Tiram, pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah yang menghadiri kelas Ms Word yang diadakan di PEDi. Kelas ini diadakan untuk mengenalkan pelajar tentang Asas MS Word. Selain itu, mendidik mereka tentang cara bagaimana menggunkan perisian ini dengan baik disamping mendedahkan kepada mereka tentang salah satu perisian yang banyak permintaan untuk alam pekerjaan.

Aktiviti 

Kelas ini mengajar bahagian asas dalam MS Word seperti cara mengedit di bahagian home dan insert. contohnya, memilih tulisan yang senang dibaca jika untuk urusan formal dan tulisan berangkai sesuai untuk urusan yang tidak formal. Cara menukar saiz tulisan, cara memilih bulet yang bersesuaian atau memlih numbering. Selain itu, mengajar bagaiman memasukkan gambar dari pc membuat gambar rajah dan sebagianya.

Lihat gambar DISINI

Tujuan 

Bertempat di PEDi Sungai Tiram, Kelas Membuat Resume menggunakan Canva bertujuan untuk mengajar belia untuk tahu bagaimana membuat resume sendiri, tahu untuk mengedit data yang sedia ada jika menggunakan template dan mengajar tentang data apa yang diperlukan untuk membuat resume

Pengenalan gmail bertujuan untuk mereka mengetahui bagaimana menggunakan email dan tahu bagaimana untuk Forgot Password (prosedur yang diperlukan jika terlupa kata laluan)

Aktiviti 

Kelas ini memperkenalkan peserta tentang perisian Canva, banyak contoh resume yang boleh digunakan untuk rujukan pembuatan resume. Selain itu, mengajar peserta funsgi gmail.

 

LIHAT GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Bertempat PEDi Kg Sg Tiram, sesi ramah mesra staf PEDi Kg Sg Tiram bersama Penghulu baharu Tok Zainol Bin Razak, Ketua Kampung Mukim Sg Tiram Tok Muhammad Bin Mohamed Som (Ketua Kampung Sungai Tiram),  Tok Ramle Bin Ahmat (Ketua Kampung Mulia) serta Panel Penasihat PEDi. Tujuan Sesi ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenalkan staf baru PEDi dengan mereka. Selain itu, adalah untuk meningkatakan pengetahuan staf tentang penduduk, usahawan,serta yang berkaitan yang ada di Mukim Sungai Tiram.

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan adalah membentangkan tentang latar belakang PEDi, ikon usahawan yang ada di PEDi, program yang telah PEDi buat serta memperkenalakan Panel Penasihat PEDi kepada Penghulu dan Ketua Kampung Mukim Sungai Tiram.

Lihat gambar DISINI

Tujuan 

Bertempat di PEDi Sungai Tiram, peserta terdiri dari kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 5 hingga 8 tahun. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kanak-kanak tentang perkakasan komputer dan IT dari sejak kecil. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang pembelajaran secara atas talian.

Aktiviti 

Program ini memperkenalkan peserta tentang perkakasan komputer seperti keyboard, mouse, monitor secara bersemuka. Setelah itu, dengan menggunakan perisian Kahoot kami adakan sedikit quiz berkaitan perkakasan komputer tersebut secara atas talian disamping bermain game yang disediakan oleh Kahoot.

Lihat gambar DISINI

Tujuan 

Bertempat PEDi Kg Sg Tiram, seramai 11 orang generasi Z telah menyertai kelas ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah kerana untuk mengenalkan PEDi kepada penduduk sekitar, meningkatkan lagi ahli dalam PEDi Kg Sg Tiram Selain itu, mengenalkan generasi Z ini kepada alam internet (alam digital) kerana mungkin sebelum ini mereka hanya mewarna dengan pensil warna dan ada buku lukisan didepan mereka begitu juga dengan teka silang kata, tetapi kali ini mereka mewarna dan bermain teka silang kata hanya secara atas talian sahaja.

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan adalah mewarna secara atas talian dan bermain teka silang kata secara atas talian

Lihat gambar disini