SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) adalah nama pertama yang digunakan dan ditukarkan menjadi Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Selepas itu, ditukarkan kepada Pusat Internet Komuniti (PIK) dan kini dijenamakan semula kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan terkini dijenamakan sekali lagi sebagai National Information Dissemination Centre (NADI) atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional
NADI merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat, mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan applikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) berhasrat untuk menjadikan NADI Kg. Sungai Tiram merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NADI diberikan tugas untuk mempaparkan satu laman web yang ber-indentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN : |
|
|
|
|
|
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
|
|
|
|
|
KENALI PETUGAS NADI : |
Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami