Kampung Sungai Tiram terletak di Mukim Sungai Tiram/Daerah Johor Bahru dan berhampiran dengan Pekan Ulu Tiram. Ulu Tiram merupakan pekan paling hampir dengan Kampung Sungai Tiram. Penduduknya mendapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti kesihatan, perbankan dan keperluan harian di pekan yang jaraknya kira-kira 12 kilometer. Kemudahan jalanraya berturap memudahkan lagi pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan pelbagai urusan dan mendapatkan keperluan harian. Masyarakat disini terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa dimana majoritinya adalah kaum Melayu. Manakala kaum minoriti adalah Cina, India dan lain-lain. Populasi penduduk adalah seramai lebih kurang 2500 orang.