315410699 506338871528121 8528217757795882678 n

🫁 Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai 'septic shock' dan membahayakan nyawa.
Pneumonia adalah jangkitan kuman yang selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.
Jangkitan ini berpunca dari virus, bakteria, kulat (fungus), tibi dan lain-lain.
Dikongsikan tanda-tanda sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami pneumonia.
🏥 Berjumpalah dengan pakar kesihatan supaya proses penyiasatan dan rawatan dapat dilakukan.
 
sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

367006425 687452446750095 8267546202241116191 n

Buah sangat disukai kerana sumber makanan yang sihat yang kaya dengan vitamin, mineral, dan antioksidan. Buah juga mempunyai rasa segar dan manis. Oleh itu, kita perlu makan buah-buahan setiap hari untuk mengekalkan tubuh yang sihat.

Antara buah yang senang didapati adalah pisang, yang banyak khasiat yang terdapat dalam buah ini seperti dalam gambar diatas.

sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

hfmd_poster.jpg

KLINIK KESIHATAN ULU TIRAM

Screenshot 2020-10-30 174553

Klinik Kesihatan Ulu Tiram

Jalan Kota Tinggi, taman Tiram Jaya, 81800 Ulu Tiram, Johor

Tel: 07 8611902

 

Klinik Kesihatan Ulu Tiram terletak berhampiran dengan Pekan Ulu Tiram. Masyarakat Kampung Sungai Tiram akan mendapatkan rawatan di klinik ini kerana mempunyai lebih banyak kemudahan perubatan. Ianya terletak kira-kira 14.4 kilometer dan mengambil masa lingkungan 22 minit.

KLINIK DESA KAMPUNG SUNGAI TIRAM

 

 

photo_2018-03-15_11-03-12.jpg

Antara kemudahan awam yang terdapat di Kampung Sungai Tiram adalah klinik Desa. Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi dan ibu mengandung, klinik kanak-kanak dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, jika penduduk menghadapi masalah kesihatan pada hari-hari cuti, mereka boleh mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail yang jaraknya lebih kurang 15km dari Kampung Sungai Tiram. Disamping itu, terdapat juga klinik swasta disekitar Bandar Ulu Tiram. 

 

Lihat lebih banyak gambar