KLINIK DESA KAMPUNG SUNGAI TIRAM
Antara kemudahan awam yang terdapat di Kampung Sungai Tiram adalah klinik Desa. Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi dan ibu mengandung, klinik kanak-kanak dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, jika penduduk menghadapi masalah kesihatan pada hari-hari cuti, mereka boleh mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail yang jaraknya lebih kurang 15km dari Kampung Sungai Tiram. Disamping itu, terdapat juga klinik swasta disekitar Bandar Ulu Tiram.