Tujuan 

Tujuan kelas pada 3 September 2018 yang di sertai oleh lima orang pelajar sekolah rendah ialah untuk memupuk minda mereka tentang kesedaran dan pengetahuan dalam menggunakan internet secara bijak.Selain itu, program Advokasi ini juga merupakan garis panduan pengguna internet secara positif dan selamat agar celik terhadap teknologi dan kandungan media baru, mewujudkan rasa tanggungjawab terhadap pengguna lain dan kepentingan kawal selia kendiri.

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari tersebut ialah taklimat Advokasi seperti memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet,mengelak daripada terjebak dengan penipuan,mencegah buli siber,memfitnah dan sebagainya.Aktiviti lain ialah kuiz untuk mengujij tahap kesedaran dan pengetahuan peserta.

Tujuan 

Tujuan kelas pada 2 September 2018 yang di sertai oleh dua orang pengusaha industri kecil dan sederhana yang terletak di kampung Sungai Tiram adalah untuk meningkatkan lagi prestasi perniagaan dan pendapatan mereka melalui pemasaran dalam talian atau online. Modal yang diperlukan untuk aktiviti pemasaran ini adalah laptop atau komputer, internet dan juga telefon pintar.

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari tersebut ialah memperkenalkan kepada mereka 3 komponen utama yang menjadi alat untuk pemasaran dalam talian bagi memajukan perniagaan mereka. Iaitu, Facebook.Untuk memulakan pemasaran secara online adalah lebih baik jika pengusaha membuat sebuah facebook page khusus untuk perniagaan mereka.Instagram dan Twitter,melalui medium ini pengusaha boleh memasukkan gambar produk beserta harga serta melakukan promosi bagi produk baru.Pengusaha juga boleh melakukan pertandingan "share and hashtag" untuk memperkenalkan produk jualan dan perniagaan mereka,secara tidak langsung dapat memperluaskan perniagaan dan pemasaran mereka.

Tarikh : 12 Julai 2018
Masa : 2.30 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Tiram
Peserta

: 3 Orang

 

Tujuan 

Kelas pada 12 Julai 2018 ini dihadiri oleh pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Sg Tiram. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan langkah-langkah membuat video interaktif yang menarik menggunkan medium powtoon.

Aktiviti 

Pelajar yang terlibat didedahkan dengan dengan satu modul E-Pembelajaran iaitu Aplikasi pembelajaran (Powtoon) langkah-langkah membuat video interaktif yang menarik. Sepanjang kelas ini dijalankan terdapat pelbagai persoalan dan keraguan yang ditanya oleh pelajar, oleh yang demikian tenaga pengajar mengambil langkah dengan cara memperlihatkan secara visual agar lebih jelas dan juga bimbingan amali sepajang tempoh mereka membangunkan video ini selesai. Kelas yang dilakukan bermula dari 2.30 petang dan berakhir sekitar jam 5 petang. Walaupun masa yang pendek untuk melakukan amali tetapi, pelajar yang terlibat cukup bersemangat untuk turut serta sepanjang masa kerana ilmu yang disampaikan cukup bermanfaat. 

 

photo_2018-07-17_11-40-35.jpgphoto_2018-07-17_11-40-38.jpg

 

 

 

Tarikh : 04 Ogus2018
Masa : 7.30 Pagi - 3.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Tiram
Peserta

: 114 Orang

Tujuan 

 Tujuan hari bersama Komuniti Pusat Internet diadakan adalah untuk menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pusat internet kepada komuniti Kampung Sungai Tiram. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi,kemudahan It terkini seperti 20 buah komputer dan perisian,perkhidmatan pencetak,program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang diuruskan untuk manfaat komuniti luar bandar khususnya penduduk Kampung Sungai Tiram. 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari tersebut ialah zumba bersama kumpulan zumba dari Aero Mulia, pameran dari agensi swasta dan kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Zainal Travel, Coway dan Telekom Malaysia, pendaftaran keahlian secara percuma, taklimat tentang Sebenarnya.my,taklimat Dashboard,kuiz Dashboard, Muat turun aplikasi Dashboard ke mobile phone pengguna, pertandingan teka duit syiling serta penyampaian hadiah kepada pemenang untuk pertandingan e-coloring, pertandingan word search, pertandingan fast typing dan juga cabutan bertuah untuk pengunjung Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Sungai Tiram. Lebih istimewa lagi, perasmian Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Sungai Tiram dirasmikan oleh Yang Berhormat S Gopala Krishnan Adun Tiram.

Tarikh : 3 MAY 2018
Masa : 7.45 pagi - 9.00 pagi
Lokasi : Sk Kg Sg Tiram
Peserta

: 543 Orang

 

Tujuan 

Advokasi ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram Johor Bahru yang melibatkan pelajar darjah 4, 5 dan 6. Tujuan advokasi ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak lingkungan umur 12 tahun kebawah bagi memahami apa itu siber buli dan juga online grooming. Rata-rata pelajar pada zaman kini pada sudah memiliki telefon bimbit dan juga media sosial walaupun mereka masih di bangku sekolah rendah. peredaran zaman yang pesat membangun melahirkan generasi yang bijak. Secara tidak langsung, para pendidik bahkan orang sekeliling perlu memberi pendedahan dari peringkat awal lagi supaya pekara-pekara yang melibatkan internet, media sosial tidak disalahgunakan yang boleh membawa padah pada generasi yang akan datang kelak. 

Aktiviti 

Pelajar yang terlibat didedahkan dengan dua modul Advokasi iaitu Buli Siber dan juga Online Grooming. Sepajang program ini dijalankan terdapat pelbagai persoalan dan keraguan yang ditanya oleh pelajar, oleh yang demikian tenaga pengajar mengambil langkah dengan cara menayangkan visual agar lebih jelas seperti tayangan video. Program ini dilakukan bermula dari awal pagi sesudah pelajar selesai membaca yassin. Pelajar yang terlibat cukup bersemangat untuk turut terlibat dalam apa jua aktiviti yang dilakukan dan mereka berpeluang mendapat hadiah yang menarik. Program Advokasi ini juga turun dibantu oleh Pusat Internet Felda Ulu Tebrau.

 

Gambar di Sini