Tarikh : 3 MAY 2018
Masa : 7.45 pagi - 9.00 pagi
Lokasi : Sk Kg Sg Tiram
Peserta

: 543 Orang

 

Tujuan 

Advokasi ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram Johor Bahru yang melibatkan pelajar darjah 4, 5 dan 6. Tujuan advokasi ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak lingkungan umur 12 tahun kebawah bagi memahami apa itu siber buli dan juga online grooming. Rata-rata pelajar pada zaman kini pada sudah memiliki telefon bimbit dan juga media sosial walaupun mereka masih di bangku sekolah rendah. peredaran zaman yang pesat membangun melahirkan generasi yang bijak. Secara tidak langsung, para pendidik bahkan orang sekeliling perlu memberi pendedahan dari peringkat awal lagi supaya pekara-pekara yang melibatkan internet, media sosial tidak disalahgunakan yang boleh membawa padah pada generasi yang akan datang kelak. 

Aktiviti 

Pelajar yang terlibat didedahkan dengan dua modul Advokasi iaitu Buli Siber dan juga Online Grooming. Sepajang program ini dijalankan terdapat pelbagai persoalan dan keraguan yang ditanya oleh pelajar, oleh yang demikian tenaga pengajar mengambil langkah dengan cara menayangkan visual agar lebih jelas seperti tayangan video. Program ini dilakukan bermula dari awal pagi sesudah pelajar selesai membaca yassin. Pelajar yang terlibat cukup bersemangat untuk turut terlibat dalam apa jua aktiviti yang dilakukan dan mereka berpeluang mendapat hadiah yang menarik. Program Advokasi ini juga turun dibantu oleh Pusat Internet Felda Ulu Tebrau.

 

Gambar di Sini