Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang optimum daripada gejala serius dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 terutamanya kumpulan rentan termasuk kumpulan warga emas.
Program vaksinasi yang dimulakan pada Februari 2021 dan dos penggalak pada Oktober 2021 berjaya memberi impak positif dimana kematian di kalangan warga emas yang telah menerima vaksin lengkap dan dos penggalak COVID-19 pada tahun 2021 adalah jauh lebih rendah berbanding yang tidak divaksin.
Oleh itu KKM ingin menyeru semua warga emas yang berkelayakan namun belum menerima vaksin sama ada dos primer atau dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in.
Anda boleh rujuk senarai PPV terdekat di laman sesawang berikut:
https://covid-19.moh.gov.my/.../senarai-ppv-walk-in...
https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find
Lindungi diri dan orang tersayang. Dapatkan dos penggalak.