Tarikh | : 12 Julai 2018 |
Masa | : 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Tiram |
Peserta |
: 3 Orang |
Tujuan | |
Kelas pada 12 Julai 2018 ini dihadiri oleh pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Sg Tiram. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan langkah-langkah membuat video interaktif yang menarik menggunkan medium powtoon. |
|
Aktiviti | |
Pelajar yang terlibat didedahkan dengan dengan satu modul E-Pembelajaran iaitu Aplikasi pembelajaran (Powtoon) langkah-langkah membuat video interaktif yang menarik. Sepanjang kelas ini dijalankan terdapat pelbagai persoalan dan keraguan yang ditanya oleh pelajar, oleh yang demikian tenaga pengajar mengambil langkah dengan cara memperlihatkan secara visual agar lebih jelas dan juga bimbingan amali sepajang tempoh mereka membangunkan video ini selesai. Kelas yang dilakukan bermula dari 2.30 petang dan berakhir sekitar jam 5 petang. Walaupun masa yang pendek untuk melakukan amali tetapi, pelajar yang terlibat cukup bersemangat untuk turut serta sepanjang masa kerana ilmu yang disampaikan cukup bermanfaat. |