Tujuan 

Bertempat di Pusat Internet Kg Sg Tiram, seramai 3 orang peserta Pertandingan Usahawan Digital Tahun 2021 telah hadir bagi majlis penyampaian hadiah. Peserta terdiri dari golongan belia wanita. Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk memupuk semangat peserta menjadi Online Entrepreneur secara aktif dan mandiri dengan melaksanakan urusan jualan hanya melalui platform E-Commerce Shopee.

Aktiviti 

Pemenang dinilai berdasarkan keuntungan jualan yang melebihi 10% dari jumlah modal. Peserta yang mencapai peratusan keuntungan tertinggi akan dipilih sebagai pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh petugas PIK dimana pemenang pertama telah mendapat hadiah berupa wang tunai sebanyak RM200, peserta kedua RM150 dan peserta ketiga RM100. Majilis diakhiri dengan jamuan ringkas bersama para pemenang.

Lihat gambar disini