Tujuan 

Bertempat di PEDi Sungai Tiram, seramai 15 orang peserta yang menyertai Program Education Gaming.  Peserta terdiri dari kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 5 hingga 8 tahun. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kanak-kanak tentang perkakasan komputer dan IT dari sejak kecil. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang pembelajaran secara atas talian.

Aktiviti 

Program ini memperkenalkan peserta tentang perkakasan komputer seperti keyboard, mouse, monitor secara bersemuka. Setelah itu, dengan menggunakan perisian Kahoot kami adakan sedikit quiz berkaitan perkakasan komputer tersebut secara atas talian disamping bermain game yang disediakan oleh Kahoot.

Lihat gambar disini