Tujuan 

Kelas pada 25 Julai 2020 ini dihadiri oleh Warga Kampung Sungai Tiram yang kebanyakkannya adalah usahawan tempatan yang ingin mendalami Ilmu Usahawan Online Shopee. Mereka yang hadir telah melibatkan diri dalam perniagaan lebih dari setahun dan sudah berpengalaman dalam perniagaan. Platform kelas ini adalah tertumpu di Platform perniagaan atas talian Shopee. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan langkah-langkah untuk berdaftar sebagai penjual di Shopee, langkah-langkah untuk memulakan jualan secara asas sehingga langkah yang terakhir iaitu cetak invois jualan. 

Aktiviti 

Peserta yang terlibat didedahkan dengan langkah-langkah untuk berdaftar sebagai penjual di Shopee dengan cara yang betul.Selain itu, peserta didedahkan juga langkah-langkah untuk menghias kedai penjual supaya lebih menarik untuk pembeli. Kemudian, peserta didedahkan dengan cara untuk mengambil gambar produk dan juga cara untuk melabel jenama sendiri di gambar tersebut.Tambahan lagi pelajar didedahkan pula dengan cara untuk menetapkan barang yang dijual mengikut format Shopee. Peserta juga didedahkan dengan cara untuk mendapatkan jualan dalam masa terdekat dan mereka juga dapat menambah pengalaman berniaga atas talian di Shopee. Sepanjang kelas ini dijalankan terdapat pelbagai persoalan dan keraguan yang ditanya oleh peserta, oleh yang demikian tenaga pengajar mengambil langkah dengan cara memperlihatkan secara visual agar lebih jelas. Pelajar juga lebih di dedahkan dengan latihan amali. Kelas yang dilakukan bermula dari awal pagi sekitar jam 9 dan berakhir sekitar jam 3 petang. Walaupun kelas hanya melibatkan tujuh orang peserta tetapi peserta yang terlibat cukup bersemangat untuk turut serta sepanjang masa kerana ilmu yang disampaikan cukup bermanfaat. 

Lihat gambar disini