Tarikh | : 17 Januari 2020 |
Masa | : 10 pagi - 1 ptg |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Tiram |
Peserta |
: 1 Orang |
Tujuan | |
Kelas perniagaan atas talian (Shopee) iaitu sebuah platform aplikasi perniagaan yang sedang meningkat naik dan sesuai untuk semua golongan usahawan yang dilakukan pada bulan Januari 2020 bertujuan untuk mendedahkan kepada usahawan cara-cara dan peraturan untuk memulakan perniagaan atas talian melalui aplikasi Shopee tersebut. Beliau didedahkan dengan cara untuk mendaftar menjadi penjual Shopee sehingga proses terakhir adalah sesi memasarkan produk beliau sendiri.
|
|
Aktiviti | |
Nurul Shafika diberi pendedahan awal berkaitan dengan Shopee seperti kelebihan menjadi penjual sebelum mereka ini didedahkan dengan cara-cara untuk mendaftar sebagai penjual di telefon pintar masing masing. Pada awalnya agak sukar untuk pelajarinya, tetapi petugas mengambil langkah dengan cara memberi tugas dan memantau hasil kerja mereka. Usahawan yang terlibat cukup bersemangat untuk mendalami ilmu baru ini. Walaupun pada awalnya agak sukar tetapi oleh kerana faktor minat dan usaha yang berterusan mampu memberikan hasil. Setelah melalui proses-proses yang tertentu akhirnya Nurul Shafika dapat membuat mendaftar kedainya sendiri di akaun Shopee tersebut dan Berjaya memasarkan produknya ke dalam aplikasi Shopee. |
Lihat gambar disini