Tarikh | : 14 Februari 2020 |
Masa | : 10 pagi - 1 ptg |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Tiram |
Peserta |
: 2 Orang |
Tujuan | |
Kelas pada 14 Februari 2020 ini dihadiri oleh Pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Sungai Tiram yang ingin belajar lebih mendalam mengenai komputer dan juga Microsoft office. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan langkah-langkah menggunakan komputer, langkah-langkah menggunakan Microsoft office secara asas. |
|
Aktiviti | |
Pelajar yang terlibat didedahkan dengan dengan satu modul Microsoft Ofiice iaitu langkah-langkah menaip menggunakan format tulisan yang betul. Tambahan lagi pelajar didedahkan dengan cara memuat naik dan meletakkan gambar pada Microsoft word dan membuat table. Sepanjang kelas ini dijalankan terdapat pelbagai persoalan dan keraguan yang ditanya oleh pelajar, oleh yang demikian tenaga pengajar mengambil langkah dengan cara memperlihatkan secara visual agar lebih jelas. Pelajar juga lebih di dedahkan dengan latihan amali. Kelas yang dilakukan bermula dari awal pagi sekitar jam 10 dan berakhir sekitar jam 1 petang. Walaupun kelas hanya melibatkan dua orang pelajar tetapi, pelajar yang terlibat cukup bersemangat untuk turut serta sepanjang masa kerana ilmu yang disampaikan cukup bermanfaat. |
Lihat gambar disini