Tarikh : 10,11,12,17 & 19  Disember 2019
Masa : 10 pagi - 1 ptg
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Tiram
Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan 

Kelas Aplikasi Pembelajaran iaitu pembangunan aplikasi interactive ini yang dilakukan pada bulan Disember 2019 bertujuan untuk mendedahkan kepada guru guru kemas cara-cara dan pekara yang perlu dipelajari untuk membuat satu aplikasi lengkap alat bahan bantu mengajar (ABBM). Para guru didedahkan dengan penggunan software Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan juga Adobe Flash. Kelas ini adalah kelas terakhir bagi tahun 2019. 

Aktiviti 

Para guru diberi pendedahan awal berkaitan dengan teori sebelum mereka ini didedahkan dengan pratikal di komputer masing masing. Pada awalnya agak sukar untuk pelajarinya, tetapi petugas mengambil langkah dengan cara memberi tugas dan memantau hasil kerja mereka. Para guru yang terlibat cukup bersemangat untuk mendalami ilmu baru ini. Walaupun pada awalnya agak sukar tetapi oleh kerana faktor minat dan usaha yang beterusan mampu memberikan hasil. Setelah melalui 13 pertemuaan dalam menghasilkan ABBM, akhirnya para guru berjaya membangunkan satu produk multimedia. 

Lihat gambar disini