USAHAWAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN
Nama | : Noor Hafizah Binti Mohamed |
Umur | : 38 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Puan Hafizah merupakan seorang surirumah yang mempunyai suami dan 3 orang cahaya mata. Beliau akan bangun awal pagi untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah sebelum berangkat menghantar pekerja-pekerjanya untuk melakukan permbersihan harian di syarikat-syarikat dan bangunan tertentu. Beliau juga turut menawarkan perkhidmatan permbersihan kepada individu yang ingin mencantikkan kawasan perumahan mereka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan ICT, beliau hanya menguruskan kenderaan pergi dan pulang pekerja-pekerjanya sahaja yang melakukan tugas-tugas pembersihan dan pengurusan di kawasan syarikat. Syarikat tersebut telahpun menandatangani kontrak pembersihan dan penyeliaan bangunan mereka.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui bimbingan oleh petugas Pusat Internet, puan Hafizah mempelajari cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office terutama PowerPoint, Microsoft Word dan Microsoft Excel. Hal ini secara tidak langsung membantu beliau untuk membuat kertas kertas, bahan pembentangan dan surat menyurat bagi mendapatkan kontrak projek-projek pembersihan dan penyeliaan bangunan. Beliau juga telah mahir untuk mempromosikan perkhidmatannya secara atas talian untuk kawasan perumahan kepada kenalan rapat dengan menggunakan aplikasi Facebook dan WhatsApp.
USAHAWAN KUIH MUIH
Nama | : Nor Liana Binti Mohamed |
Umur | : 39 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Puan Liana merupakan pekerja kilang yang mempunyai suami dan 3 orang cahaya mata. Beliau akan bangun awal pagi untuk membuat kuih muih pada setiap hari untuk di hantar ke kedai sarapan pagi sebelum berangkat ke tempat kerjanya. Perniagaan kecil-kecilan beliau bertujuan untuk menambah pendapatan beliau sekeluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan ICT, pendapatan tetap bulanan beliau hanya sekitar sahaja RM1500 sebulan hasil dari kerja kilang. Beliau mempunyai minat untuk berniaga tetapi tidak tahu untuk bermula dari mana.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui bimbingan oleh petugas Pusat Internet, beliau telah mempelajari teknik untuk mempromosikan kuih muih, sandwich pelbagai inti dan pelbagai jenis pencuci mulut bergantung kepada permintaan pelanggan. Beliau telah mahir untuk mempromosikan perniagaannya secara atas talian. Puan Liana menggunakan aplikasi WhatsApp secara maksima dan Facebook persendirian bagi menghebahkan jualan beliau. Bukan setakat itu sahaja beliau telah berjaya mendapatkan tempahan dalam kuantiti yang besar untuk majlis-majlis sekitar kampungnya. Kini beliau mampu untuk meraih pendapatan sampingan sekitar RM1000 hingga RM1300 bersih sebulan.
BELAJAR MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD DAN GOOGLE
Nama | : Diana Izzatubillah Binti Habibullah |
Umur | : 17 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Diana Izzatubillah adalah seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiram. Beliau sering kali sibuk dengan urusan dan tugasan pembelajaran sekolah. Namun, beliau mempunyai minat untuk belajar tentang ICT. Apabila menjelang cuti sekolah, beliau akan hadir ke PIK Kg Sg Tiram bagi mendapatkan pengetahuan berkenaan dengan ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PIK, beliau tidak mahir untuk menaip serta menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat khususnya untuk tugasan pembelajaran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas PIK telah memberi panduan kepada adik Diana mengenai teknik asas menggunakan perisian seperti Microsoft Word serta cara-cara untuk mendapatkan maklumat sahih dari internet. Kini beliau telah mahir menaip dengan cekap. Beliau juga sudah mampu menggunakan Microsoft Word dan internet tanpa bantuan petugas PIK. Beliau juga mampu untuk membuat carian sendiri di Google.
USAHAWAN FRAPE & BITES
Nama | : Siti Syuhada Sidik |
Umur | : 28 tahun |
Ahli | : 2010 |
Latar belakang
Cik Syuhada adalah seorang komuniti yang sudah lama melibatkan diri dalam bentuk perniagaan. Beliau memulakan perniagaan dengan menumpang kedai lain. Lama-kelamaan, beliau sudah mampu menyewa sendiri kedai untuk mengembangkan bisnesnya. Pelanggan utama beliau adalah pelajar sekolah rendah kerana lokasi kafe beliau berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan ICT, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500-RM600 sahaja sebulan. Yang selalu berurusan dengan beliau hanyalah pelanggan tetap sahaja dalam kalangan budak sekolah rendah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Siti Syuhada menggunakan medium pusat internet komuniti sebagai fokus E-pembelajaran selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah pembelajaran abad ke-21. Tambahan lagi, Siti Syuhada mahir menggunakan media sosial dan Microsof Excel untuk membantu beliau melakukan pengiklanan dan hebahan kafe beliau serta membuat pengiraan untung rugi. Kini beliau mampu mempromosikan kafe beliau di media-media sosial bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk mencuba sesuatu yang baru di Kampung Sungai Tiram. Kini pelanggan beliau yang pada mulanya hanya budak sekolah rendah telah bertukar kepada pelbagai golongan usia. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah hampir RM1200 sebulan.
USAHAWAN SHOPEE CIK NORIN
Nama | : Norin Syahidah Binti Ishak |
Umur | : 19 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Cik Norin merupakan seorang anak muda yang bercita-cita besar. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Pelbagai jenis perniagaan dan produk yang telah beliau ceburi. Saban hari semakin banyak ilmu yang beliau miliki berkat pengalaman yang beliau tempuhi. Beliau berniaga barangan seperti tudung dan baju kurung moden.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum telibat secara aktif dengan Pusat Internet, beliau tidak melakukan apa-apa namun bercita-cita untuk menjana pendapatan sampingan bagi menampung kos sara hidup yang kian meningkat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui bimbingan dan latihan oleh petugas Pusat Internet, beliau telah mempelajari peluang berniaga di aplikasi Shopee. Cik Norin telah mengambil peluang dengan mempelajari selok belok perniagaan atas talian di Shopee. Kini beliau dapat menjana pendapatan sampingan justeru mampu menampung serba sedikit kos sara hidup dirinya.