USAHAWAN BAHAN PEMBUATAN KEK

Nama Saffa Safira Shamsul Rizam
Umur : 23 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Cik Safira adalah seorang komuniti yang sudah lama melibatkan diri dalam bentuk perniagaan. Beliau memulakan perniagaan dengan menjual bahan-bahanuntuk membuat kek di kampung sekitarnya.  Beliau mahir dalam perniagaan pasaran kedai-kedai tetapi kurang ilmu dalam pemasaran dalam talian. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan ICT pedapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM2000 sahaja sebulan. Yang selalu berurusan dengan beliau hanyalah pelanggan tetap sahaja dan juga pelanggan yang mengenalinya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, serta beberapa tektik yang diajar kepada beliau dengan menggunakan medium internet dan laman sosial beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Bukan setakat itu sahaja beliau juga sudah berjaya memghasilkan sebut harga (Quotation) produk beliau dengan mengunakan Microsoft Excel. Beliau juga belajar pemasaran di Facebook. Pelanggan beliau yang mula hanya sekadar penduduk kampung kini bertukar kebanyakkan orang luar tambahan pula beliau banyak memasarkan kedainya sehingga ke luar kawasan sehingga luar kawasan Ulu Tiram. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 ke atas.

photo_2020-02-21_17-25-52.jpg