BELAJAR MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL
Nama | : Nur Aina Insyirah Binti Md Rizal |
Umur | : 16 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Nur Aina Insyirah Binti Md Rizal berusia 16 tahun menetap di Kampung Sungai Tiram dan adalah antara salah seorang pengguna Pusat Internet yang aktif. Anak sulung dari 3 beradik ini mula hadir dan terlibat dengan program serta aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet pada tahun 2019.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan dan penglibatan adik Aina Insyirah di Pusat Internet Kampung Sungai Tiram, pengetahuan ICT beliau hanya berada di tahap asas yang hanya tahu menaip sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Aina Insyirah didedahkan dengan pelbagai platform media sosial untuk beliau berhubung dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dari secara alam maya. Beliau menggunakan medium pusat internet sebagai platform untuk beliau belajar melayari media sosial. Kini Beliau mampu melayari media sosial tanpa perlu bantuan dari petugas pusat internet.
USAHAWAN NASI LEMAK RM1
Nama | : Zainab Binti Jemaat |
Umur | : 59 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Zainab adalah seorang komuniti yang sudah lama melibatkan diri dalam bentuk perniagaan. Beliau memulakan perniagaan dengan menjual nasi lemak RM1 sebungkus di kampung sekitarnya. Kini beliau telah mengembangkan perniagaan dengan memiliki sebuah kedai makan sarapan pagi. Beliau mahir dalam perniagaan kedai makan tetapi kurang ilmu dalam pemasaran dalam talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan ICT, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM1200 sahaja sebulan. Yang selalu berurusan dengan beliau hanyalah pelanggan tetap sahaja dan juga pelanggan yang mengenalinya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui bimbingan oleh petugas Pusat Internet Komuniti, beliau telah mempelajari teknik untuk mempromosikan nasi lemak resepi beliau sendiri di atas talian. Puan Zainab kini telah mempunyai akaun Facebook sendiri serta mampu menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menghebahkan kedai beliau. Bukan setakat itu sahaja beliau juga sudah berjaya mendapatkan tempahan dalam kuantiti yang besar untuk majlis-majlis sekitar kampungnya. Kini pelanggan beliau yang pada mulanya hanya sekadar penduduk kampung telah bertukar kepada kebanyakkan orang luar. Pendapatan bulanan beliau kini mampu mencecah hampir RM3000 sebulan.
BELAJAR MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL
Nama | : Siti Syuhada Binti Sidik |
Umur | : 28 tahun |
Ahli | : 2010 |
Latar belakang
Siti Syuhada Binti Sidik berumur 28 tahun menetap di Kampung Sungai Tiram dan adalah antara salah seorang pengguna Pusat Internet yang aktif. Mula hadir dan terlibat dengan program dan segala aktiviti pusat internet pada penghujung tahun 2010.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan atau penglibatan Siti Syuhada di Pusat Internet Kampung Sungai Tiram pengetahuan ICT beliau berada di tahap asas yang hanya tahu untuk membuka laman web youtube dan google sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau didedahkan dengan latihan dan ilustrasi visual. Siti Syuhada menggunakan medium pusat internet sebagai focus E-pembelajaran selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah pembelajaran abad ke-21. Tambahan lagi Siti Syuhada mahir menggunakan engine carian seperti google, youtube dan Gmail. Pada awal pembelajaran Siti Syuhada mendapat pemerhatian dari petugas pusat internet. Lama-kelamaan Siti Syuhada mampu membuat kerja sendiri tanpa pertolongan petugas.
USAHAWAN BAHAN PEMBUATAN KEK
Nama | : Saffa Safira Shamsul Rizam |
Umur | : 23 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Cik Safira adalah seorang komuniti yang sudah lama melibatkan diri dalam bentuk perniagaan. Beliau memulakan perniagaan dengan menjual bahan-bahanuntuk membuat kek di kampung sekitarnya. Beliau mahir dalam perniagaan pasaran kedai-kedai tetapi kurang ilmu dalam pemasaran dalam talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan ICT pedapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM2000 sahaja sebulan. Yang selalu berurusan dengan beliau hanyalah pelanggan tetap sahaja dan juga pelanggan yang mengenalinya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, serta beberapa tektik yang diajar kepada beliau dengan menggunakan medium internet dan laman sosial beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Bukan setakat itu sahaja beliau juga sudah berjaya memghasilkan sebut harga (Quotation) produk beliau dengan mengunakan Microsoft Excel. Beliau juga belajar pemasaran di Facebook. Pelanggan beliau yang mula hanya sekadar penduduk kampung kini bertukar kebanyakkan orang luar tambahan pula beliau banyak memasarkan kedainya sehingga ke luar kawasan sehingga luar kawasan Ulu Tiram. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 ke atas.
USAHAWAN PRODUK KESIHATAN
Nama | : Pn.Zaleha Suleiman |
Umur | : 46 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Zaleha adalah seorang komuniti yang sudah lama melibatkan diri dalam bentuk perniagaan. Beliau memulakan perniagaan dengan berniaga online di kediamannya. Beliau mahir dalam perniagaan pasaran kedai-kedai tetapi kurang ilmu dalam pemasaran dalam talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan ICT pedapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM2000 sahaja sebulan. Yang selalu berurusan dengan beliau hanyalah pelanggan tetap sahaja dan juga pelanggan yang mengenalinya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, serta beberapa tektik yang diajar kepada beliau dengan menggunakan medium internet dan laman sosial beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan kesihatan beliau. Bukan setakat itu sahaja beliau juga sudah berjaya mempromosikan produk beliau di semua media sosial seperti whatsapp dan instagram. Pelanggan beliau yang mula hanya sekadar penduduk kampung kini bertukar kebanyakkan orang luar tambahan pula beliau memberi perkhidmatan penghataran secara percuma sekitar Ulu Tiram. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 ke atas.