BELAJAR MENGGUNAKAN GOOGLE & GMAIL

Nama : Ummi Hamida Binti Luayin
Umur : 17 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Ummi Hamida binti Luawin berumur 17 tahun tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiram. Mula hadir dan terlibat dengan program dan segala aktiviti pusat internet pada penghujung tahun 2015. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan atau penglibatan Ummi Hamida di Pusat Internet Kampung Sungai Tiram pengetahuan ICT beliau berada di tahap asas yang hanya tahu untuk membuka laman web youtube dan google sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau didedahkan dengan latihan dan ilustrasi visual. Ummi Hamida menggunakan medium pusat internet sebagai focus E-pembelajaran selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah pembelajaran abad ke-21. Tambahan lagi Ummi Hamida mahir menggunakan engine carian seperti google, youtube dan Gmail. Pada awal pembelajaran Ummi Hamida mendapat pemerhatian dari petugas pusat internet. Lama-kelamaan Ummi Hamida mampu membuat kerja sendiri tanpa pertolongan petugas.

 

ummi.jpg

MELAYARI INTERNET DAN MENAIP 

Nama

: NUR KHALISA DANIA 

Umur

: 9 TAHUN

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Nur Khalisa Dania adalah seorang palajar sekolah rendah . Beliau sering kali sibuk dengan urusan pembelajaran sekolah . Namun, beliau mempunyai minat untuk belajar tentang ICT. Apabila menjelang cuti sekolah beliau mempunyai waktu terluang untuk belajar tentang ICT. Pada waktu tersebut beliau hadir ke PI Kg Sungai Tiram bagi mendapatkan pengetahuan berkenaan dengan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatannya di PI1M, adik Nur Khalisa Dania tidak tahu menaip, dan tidak tahu untuk menggunakan internet untuk mendapat kan maklumat khususnya untuk pembelajaran. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Petugas telah memberi panduan kepada adik Nur Khalisa Dania mengenai teknik asas menggunakan perisian seperti Microsoft Word di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, adik Nur Khalisa Dania telah mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian boleh menggunakan microsoft word dan internet tanpa bantuan petugas PI. Kini adik Nur Khalisa boleh membuat carian sendiri di google mahupun youtube. 

 

photo_2018-03-15_11-39-39.jpgphoto_2018-03-15_11-39-41.jpg