SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIRAM

photo_2020-01-03_16-59-59.jpg

 

Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram atau nama ringkasnya SK Sungai Tiram, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 18, Kampung Sungai Tiram ,Ulu tiram Johor. Sk Sungai Tiram merupakan sekolah rendah utama untuk penduduk Kampung Sungai Tiram. Sejak penubuhannya terdapat ramai pelajar yang mula mendaftar sebagai pelajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram. Kini penduduk Sungai Tiram kebanyakkannya memilih SK Sungai Tiram sebagai Pusat Pendidikan anak-anak di kawasan tersebut.Pada 2009, SK Sungai Tiram memiliki 584 pelajar lelaki dan 541 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1125 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru. Sehingga kini jumlah murid dan guru semakin bertambah dan banyak kemajuan telah berlaku di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram.

 

 

SEKOLAH AGAMA SUNGAI TIRAM

photo_2020-01-03_17-00-19.jpg

 

Sekolah Agama Sungai Tiram  merupakan sebuah Sekolah Agama yang terletak di Batu 18, Kampung Sungai Tiram ,Ulu tiram Johor. Sekolah Agama Sungai Tiram terletak bersebelahan dengan Sk Sungai Tiram. Kebanyakkan murid di Kampung Sungai Tiram mendaftar di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama di kawasan tersebut. Sesi pembelajaran di Sekolah Agama adalah pada Sesi Pagi dan Sesi Petang. Seklah Agama Sungai Tiram merupakan antara Sekolah Agama yang melahirkan pelajar yang berjaya.

 

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI TIRAM

photo_2020-01-03_17-00-32.jpg

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiram adalah sekolah awam yang menyediakan pendidikan peringkat menengah yang terletak di Sungai Tiram, di bahagian barat laut Daerah Pasir Gudang, Johor. Sekolah ini beroperasi di dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaan sekolah pertama bermula pada tahun 2009 dan selesai pada tahun 2011. Rombongan pertama sekolah, Puan Hajah Zubaidah mentadbirkan sekolah itu pada tahun pertama operasi bersama-sama30 pengajar dan kakitangan pejabat, memberikan pendidikan berkualiti kepada sekitar 350 pelajar. Sekolah ini mencapai tahun kedua operasi dengan Puan Robiah binti Ahamad sebagai prinsipal kedua dan En Muhamad Ali Bin Harun sebagai prinsipal ketiga dengan jumlah guru dan pegawai pejabat meningkat sehingga kira-kira 70 orang dan pendaftaran pelajar naik setinggi 1000 pelajar.