Jika seseorang diberi kehormatan oleh orang lain dengan ucapan ‘Ramadhan Karim’ maka hendaknya ia membalasnya dengan ucapan ‘Allahu Akram’ (Allah maha dermawan/pemurah). Jawapan ini patut diucapkan agar kita sedar bahawa secara hakiki hanya Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha darmawan atas segala anugerah yang tak terhitung selama kita hidup di dunia.